Sistem dan pemikiran ekonomi pada zaman khalifah harun al rasyid

1. PENDAHULUAN
Zaman Khalifah Harun ar-Rasyid merupakan kemuncak kegemilangan pemerintahan Abbasiyah, atau boleh juga dikatakan sebagai zaman paling gemilang dalam sejarah Islam. Pada masa pemerintahannya, bermulalah era pembangunan dan perkembangan ilmu pengetahuan. Selain itu, beliau juga berjaya menjadikan kota Baghdad sebagai pusat perdagangan antar bangsa dan pusat ilmu pengetahuan.

Selain itu, beliau juga menyusun semula pasukan tenteranya supaya menjadi sebuah pasukan tentera yang berdisiplin dan teratur, mengambil berat terhadap kredibiliti tentara-tentaranya dan memberi perlindungan serta keselamatan untuk kesejahteraan rakyatnya. Sikap prihatinnya menyebabkan sepanjang zaman pemerintahannya negara berada dalam keadaan aman dan damai. Sistem pemerintahannya berdasarkan sistem kekhalifahan yang mengandungi ciri-ciri keislaman. Beliau meneruskan dasar anti-Ali (anti-Syiah) dan anti kaum zandaqah (zindik), seperti mana yang diamalkan oleh khalifah-khalifah Abbasiyah sebelumnya.

Pelbagai kemajuan dan pembangunan negara berjalan dengan pesat. Oleh sebab keagungan namanya, beliau menjadi simbol kemegahan Islam di Timur dan di Barat. Terdapat banyak kota seperti Baghdad, Basrah, Maysul, Damsyik, dan Aleppo muncul sebagai kota terkenal. Beliau juga mendirikan masjid, sekolah, hospital,jalan raya, perigi, jambatan dan terusan air di kota-kota. Dengan adanya parit-parit dan terusan itu, pertanian kian maju dan pendapatan negara bertambah. Keadaan ini dapat dilihat apabila kota Baghdad mencapai kemuncak keagungan di seluruh dunia. Bangunan-bangunan yang dibina sebelum pemerintahannya diperbaharui dan dihias agar sesuai dengan zaman pada masa itu.

2.Rumusan Masalah
 Sektor sektor utama ekonomi kerajaan abbasiyah?
Sumber kewenangan ekonomi kerajaan abbasiyah?

3.Pembahasan
A. Sektor sektor utama ekonomi kerajaan abbasiyah Khalifah Harun Al Rasyid.
Zaman Abbasiyah di anggap sebagai zaman yang paling kaya dalam sejarah kekhalifahan Islam, ahli-ahli sejarah klasik dan moden bersetuju secara khusus meletakkan zaman pemerintahan Khalifah Harun Al-Rasyid (170 – 194H/786 – 809M) sebagai zaman pencapaian ekonomi yang paling tinggi sehingga layak menerima julukan zaman keemasan (golden period). Prof.Philip K.Hitti menyifatkan kejayaan Abbasiyah dalam soal ini adalah luar biasa kerana ia mampu menaikkan taraf Baghdad dari satu keadaan yang mengagungkan setanding dengan keagungan Bayzantin.

Kejayaan Baghdad menjadi juara perdagangan dunia tentunya ada hubungan dengan kedudukan Dawlah Abbasiyah sebagai kuasa besar dunia pada waktu itu. Kestabilan politik, kecekapan pengurusan pentadhbiran serta ketinggian akhlak masyarakat juga menyumbang kepada pembangunan pesat kota Baghdad. Pada umumnya terdapat tiga sektor ekonomi yang menjadi tonggak kekayaan kerajaan Abbasiyah iaitu sektor pertanian, perindustrian dan perdagangan.

Kerajaan Abbasiyah memberikan perhatian yang serius bagi kemajuan sektor ekonomi Negara dengan mencurahkan perbelanjaan yang banyak,khususnya dalam sektor perindustrian dan pertanian. Di setiap sektor memainkan peranan penting yang tersendiri untuk memberikan sumbangan ekonomi di tahap maksimal.dan berikut adalah penjabaranya.

1.Sektor Pertanian
Abbasiyah kerana pemerintahannya sendiri terletak di daerah yang sangat subur, di tepi sungai yang biasa dikenal al-sawad kerana mereka menyadari pertanian merupakan sumber utama pemasukan Negara, dan pengusahaan tanah hampir sepenuhnya di kerjakan oleh penduduk tempatan, yang statusnya mengalami peningkatan pada masa pemerintahan baru ini.

     Sekolah-sekolah pertanian dibuka untuk menganalisis sifat-sifat tanah dan tanaman yang sesuai untuk ditanam di atas jenis tanah dan iklim yang beraneka. Sebuah karya penting tentang ilmu pengolahan tanah dan tanaman ditulis di Iraq oleh seorang pengkaji, Ibn Washiyyah dalam bukunya yang di namakan kitab Al-Filalah al-Nabatiyyah (291H/904M) yang isinya merupakan hasil kajian dan perpaduan antara ilmu tradisional dengan ajaran-ajaran yang termasuk dalam filsafat-filsafat kuno.

Pertanian merupakan sumber terpenting kerajaan Abbasiyah dan petani merupakan majoriti penduduk yang mendiami seluruh wilayah kekuasaan di antara mereka yang hanya menjadi petani, pelaksanaan pengolahan tanah pertanian tidak jauh berbeza dengan amalan masa khulafa’ ar-Rasyidin Kegiatan perdagangan tidak mungkin mencapai kepesatan yang luar biasa jika tidak ditampung oleh kegiatan pertanian dan perindustrian yang kukuh. Hal ini yang sangat menjadi perhatian pemerintah dinasti Abbasiyah. Pada masa Abbasiyah,bidang pertanian mengalami perkembgan pesat, kerana di samping ibu kota terletak di daerah sangat subur (di apit oleh sungai Eufrates dan Tigris), pemerintah memberi kebebasan kepada penduduk setempat untuk mengusahakan tanah pertanian mereka, tanpa tekanan-tekanan yang besifat diskriminasi (membedakan).

Pertanian juga telah mencapai kemajuan kerana kesedaran pihak pemerintah tentang betapa perlunya pertanian sebagai sumber hasil Negara yang utama dan juga kerana kerajaan memberi penghormatan dan layanan yang baik kepada pemilik-pemilik tanah yang subur.Bidang pertanian maju pesat pada masa awal dinasti

2 Perindustrian          
Faktor utama yang menjadi ukuran tahap ketinggian tamaddun sesebuah Negara itu adalah bergantung kepada kadar penglibatan Negara berkenaan dalam bidang industri. Dalam hubungan ini kita dapati kerajaan Abbasiyah telah memberi pelbagai insentif serta galakan yang kuat kepada golongan usahawan tempatan agar menceburkan diri dalam bidang perindustrian bagi menjaga keseimbangan perniagaan.

Di bidang perindustrian terdapat pemisah antara sektor kerajaan dan swasta, tetapi bagaimana bebasnya pihak swasta bergerak dalam industri kraf tangan misalnya ia tetap di bawah peraturan dan pengawalan Negara, seperti kilang senjata, kapal laut, armada perdagangan fabric kertas dan barang-barang lainnya. Kekuasaan kerajaan yang sedemikian luas dan tingkat peradaban yang tinggi itu dicapai dengan melibatkan jaringan perdangan internasional yang luas. Pelabuhan-pelabuhan seperti Baghdad, Bashrah, Siraf Kairo, dan Iskandariyah menjadi pelabuhan internaisonal.

Industri lain yang sangat penting seperti pembuatan kertas tulis, yang di perkenalkan pada abad ke 8 dari Cina ke Samarkhan kertas samarkand, yang diduduki Islam pada tahun 704, di lihat tiada tandingannya pada waktu itu. Sebelum akhir abad ke 8 Baghdad memiliki kilang kertas yang pertama (the first paper – mill industri) dalam sejarah tamadun Islam. Perkembangan industri ini kemudiannya berkembang keseluruh kota Islam dimana Mesir Berjaya mengasaskan kilang kertasnya yang pertama pada 288H/900M, Morocco pada 494H/1100M dan Spayol pada tahun 545H/1150M.

Sementara di wilayah Khurasan terkenal juga dalam sektor perlombongan, mengikut al-Maqdisi, kegiatan perlombongan emas dan perak kebanyakkannya terdapat di sini. Khurasan juga dikatakan pengeluar batu mar-mar dan batu mercury terbesar masa itu. Sementara batu delima, lapis lazuli (lazawarda)dan batu azura terdapat di wilayah Transoxiana. Di wilayah Kirman pula tertumpu kepada industri bijih timah dan perak. Wilayah-wilayah lain seperti Bahrain masyhur dengan pengeluaran batu mutiara, Nasyabur dengan batu Pirus, sementara di pergunungan Labenon dengan perlombongan besi, Georgia dan Farghana perusahaan minyak tar.

Seni mengolah perhiasan juga mengalami perkembangan pada masa Dinasti Abbasiyah, mutiara, safir, rubi, emerald, dan permata sangat disukai para bangasawan; sedangakan batu zamrud yang berwarna biru kehijauan, batu carnelius, coklat, atau hitam disukai oleh kalangan bawah. Salah satu batu berharga paling terkenal di dalam sejarah Arab adalah delima (ruby) besar, yang pernah dimiliki oleh raja Parsi, klalifah Harun ar-Rahid dikatakan telah membelinya dengan harga 40 ribu dinar, untuk diletakkan pada mahkotanya. Delima itu di anggap yang terbesar pernah ditemui pada masa itu dan mempunyai pancaran cahaya yang luar biasa sehingga boleh dikesan jika diletakkan di ruang yang gelap. Saudara perempuan Harun seperti yang kita ketahui mengenakannya untuk menghias kepalanya, sedangkan permaisurinya menggunakannya untuk menghias kasutnya. Al-Tabari melaporkan perdana Menteri Abbasiyah, Yahya bin Khalid al-Barmaki, pernah menawarkan 7.000.000 dirham kepada seorang hartawan bagi mendapatkan sebuah kotak barang kemas yang bertatahkan batu permata tetapi gagal mendapatkannya. Sementara khalifah mu’taz di laporkan sebagai orang pertama yang telah menggunakan pelana kuda yang diperbuat daripada emas.

-Beberapa bidang industri dan kerajinan rakyat yang terkenal pada masa ini antara lain:
1. Industri gelas dan tembikar
2. Industri tekstil dan tenun.
3.Industri kertas yang telah lama terkenal di cina
4. Industri perlombongan, penggalian perak, tembaga, timah dan besi
5. Penggilingan gula tebu menyebar di sebelah barat daya Parsi, Basrah dan Tusthat.
6. Selain itu industri pembuatan lilin, sabun dan galangan kapal perang juga di buat.

3. Perdagangan
Pendekatan Khalifah Harun Ar-Rasyid sebelum meninggalnya pada tahun 193 Hijryah telah dapat melaksanakan suatu nilai kemakmuran dan keamanan yang tulen kepada masyarakat Islam. Kota Baghdad yang belum berusia setengah abad di zamannya telah tumbuh dengan pesatnya menjadi pusat dunia yang amat makmur dan mempunyai makna antar bangsa.

Kekuasaan kerajaan yang sedemikian luas dan tingkat peradaban yang tinggi itu dicapai dengan melibatkan jaringan perdagangan internasional yang luas. Pelabuhan-pelabuhan seperti Baghdad, Basrah, Siraf, Cairo dan Iskandariyah menjadi pelabuhan internasional.
Pedagang-pedagang Islam telah berniaga sampai ke negeri China. Luas wilayah kerajaan yang tingginya tingkat peradaban yang dicapai baik dalam bidang industri maupun pertanian memaksa diadakan suatu perdagangan Internasional yang lebih luas.
Sebuah karya penting tentang laluan-laluan, pusat perdagangan dan pemerintahan di tulis pada masa ini (abad ke 3 H/9 M) oleh seorang ahli geografi Abu Al-Qasim bin Khurdadhbeb dari Parsi dalam bukunya yang dinamakan Al-Musalik wa al Mamalik,

   berikut pusat-pusat penting perdagangan pada masa dinasti Abbasiyah :
1. Antiokia yang terletak di persisir timur laut tengah pelabuhan yang diperlebar pada masa     Khalifah al-Mu’tasim ini merupakan pusat perdagangan Syam yang menjadi transit (perhentian) para saudagar timur dan barat.

2. Pelabuhan Iskandariah dari Varma, juga menjadi penghubung antara pedagang yang   dagang dari Eropah dan Laut merah.

3. Ailot,Qolzam dan Jeddah adalah pusat-pusat perdagangan Laut Merah, Jeddah bahkan setiap tahun menjadi terminal jamaah haji yang dating dari pelusuk dunia

4. Aden merupakan pintu gerbang kapal-kapal yang akan memasuki Laut Merah.

5. Basrah pintu gerbang kota Baghdad dan muara sungai Tigris di datangi oleh pedagang dari Timur dan Barat.

6. Bahgdad merupakan kota dagang terbesar di Asia,sebagaimana Iskandariah sebagai puat perdagangan di Afrika, kesemarakan kota ini tidak saja disebabkan kedudukannya sebagai ibu kota daulah Abbasiyah dan pusat pertemuan jalur-jalur niaga dari seluruh penjuru.

7. Damaskus menjadi kota dagang penting kerana dilewati kapilah-kapilah jamaah haji yang berangkat dan pulang dari Mekkah.

8. Tushat, kota dagang Mesir di zaman dinasti Fatimiyyah, merupakan kota terbersih dan aman tenteram.

Satu kebiasaan bangsa Arab sebelum Islam dan diteruskan kaum muslim, yakni dilangsungkannya pekan-pekan dagang dan bazaar pada waktu-waktu tertentu kota-kota penting perdagangan.

Disebelah timur, pedagang Islam telah menjelajah sampai ke Cina, sejak masa Khalifah al-Manshur para pengusaha dari Basrahh yang membawa dagangannya dengan kapal laut keberbagai negeri yang jauh, masing-masing membawa muatan bernilai lebih dari satu juta dirham. Di sepanjang pelabuhan yang berbatu-batu panjangnya, berlabuh berates-ratus kapal termasuk kapal perang dan kapal perang antar bangsa.

B. SUMBER KEWENANGAN EKONOMI ABBASIYAH
Sumber-sumber kewangan merupakan hasil-hasil pendapatan Negara mengikut sumber ekonomi Islam. Setiap daripada sumber ini dipungut mengikut keadaan dan syarat tertentu menurut syariat Islam. Agama Islam telah menggariskan dengan selengkapnya untuk kita melaksanakan perkara ini dengan adil dan betul. Sumber kewangan kerajaan Abbasiyah seperti berikut: 

1. Zakatkadar harta yang dikeluarkan oleh orang Islam terhadap harta-harta tertentu yang mencukupi nisab. Zakat terbahagi kepada dua iaitu: zakat fitrah dan zakat harta. Zakat fitrah dibayar pada bulan Ramadhan sahaja mulai 1 Ramadhan hingga 1 Syawal sebelum solat sunat Aidilfitri. Manakala zakat harta boleh dibayar pada bila-bila masa. Kadar zakat harta ialah 2.5% dari jumlah harta. 

Menurut terminologi bahasa (lughat), harta adalah segala sesuatu yang diinginkan sekali oleh manusia untuk memiliki, memanfaatkan dan menyimpannya.Sedangkan menurut terminologi syari'ah (istilah syara'), harta adalah segala sesuatu yang dapat dimiliki (dikuasai) dan dapat digunakan (dimanfaatkan) menurut ghalibnya (lazim). Zakat harta seperti;

a. Binatang ternak (Hewan ternak meliputi hewan besar (unta, sapi, kerbau), hewan kecil (kambing, domba) dan unggas (ayam, itik, burung)

b. Emas dan perak, Termasuk dalam kategori emas dan perak, adalah mata uang yang berlaku pada waktu itu di masing-masing negara.

c. Harta Perniagaan Harta perniagaan adalah semua yang diperuntukkan untuk diperjual-belikan dalam berbagai jenisnya, baik berupa barang seperti alat-alat, pakaian, makanan, perhiasan, dll.

d. Hasil Pertanian, Hasil pertanian adalah hasil tumbuh-tumbuhan atau tanaman yang bernilai ekonomis seperti biji-bijian, umbi-umbian, sayur-mayur, buah-buahan, tanaman hias, rumput-rumputan, dedaunan, dll.

e. Ma'din dan Kekayaan Laut,adalah benda-benda yang terdapat di dalam perut bumi dan memiliki nilai ekonomis seperti emas, perak, timah, tembaga, marmer, giok, minyak bumi, batu-bara, dll. Kekayaan laut adalah segala sesuatu yang dieksploitasi dari laut seperti mutiara, ambar, marjan, dll.

f. Rikaz – Rikaz adalah harta terpendam dari zaman dahulu atau biasa disebut dengan harta karun. Termasuk didalamnya harta yang ditemukan dan tidak ada yang mengaku sebagai pemiliknya.

2. Kharaj Kharaj adalah perkataan Arab yang bererti keluaran iaitu apa yang keluar daripada bumi seperti hasil, pemberian rezeki dan kebaikannya. Dalam al-Quran disebut kharaj adalah pemberian seperti disebut dalam ayat: ''Kerana kharaj (pemberian) Tuhanmu lebih baik dan Dialah jua sebaik-baik Pemberi rezeki.'' (al-Mu'minun: 72) 

Dari segi istilah agama pula kharaj mempunyai banyak maksud dan digunakan oleh Rasulullah s.a.w., para sahabat dan tabiin dalam pelbagai konteks sebelum mempunyai istilah yang diterima pakai pada hari ini. Salah satu istilah kharaj digunakan bagi menamakan harta yang diambil negara yang dibuka oleh orang Islam tanpa perang. Sejarah Islam ada menyebutkan kharaj pertama diambil oleh Rasulullah s.a.w. ialah kharaj dari negeri Bahrain. 

Kharaj juga bermaksudkan bayaran atau gaji yang diberi oleh pemerintah kepada pekerja dan kaki tangannya. Bayaran atau gaji itu mungkin merupakan wang atau makanan dan lain-lain. Kharaj jenis ini dipanggil kharaj tauzif (kharaj pekerjaan). Bayaran atau upah yang diberi oleh tuan kepada hamba lelaki dan hamba perempuan untuk mengelak masing-masing daripada mencuri dan melacur diri adalah juga dipanggil kharaj. 

Malah kharaj juga dalam penggunaan ulama-ulama dahulu kala bermaksud jizyah, fi' dan itawah yang kesemuanya bermaksud sejumlah wang yang diwajib ke atas orang bukan Islam membayarnya kepada pemerintah Islam. Bagaimanapun, kharaj yang diguna pakai oleh para ulama pada zaman mutakhir bermaksud cukai tanah dan cukai hasil tanah. 

Pada masa pemerintahan Abbasiyah diwan al-Kharaj telah ditubuhkan. Jabatan ini bertujuan untuk mengendalikan semua perkara yang berkaitan dengan masalah cukai tanah yang mengeluarkan hasil pertanian. Jabatan ini diketuai oleh seorang pegawai. Pegawai ini akan meneliti dan memastikan peraturan dan sistem kharaj berjalan lancar.beliau juga berkuasa untuk melantik wakil pemungut cukai dan menentukan jumlah cukai kharaj dihantar ke Baitul Mal selepas ditolak perbelanjaan wilayah 

3.Jizyah Jizyah merupakan sejenis cukai bayaran yang dikenakan keatas orang bukan Islam yang mendiami bumi orang Islam demi untuk menjamin keamanan dan keselamatan jiwa dan harta benda mereka. Jizyah bertujuan untuk menggantikan penat lelah dan usaha yang telah dicurahkan oleh orang Islam bagi melindungi orang bukan Islam, jizyah terbahagi kepada dua:

1. Jizyah secara baik atas dasar kerelaan dan persetujuan

2. Jizyah secara paksa iaitu pihak pemerintahan sendiri yang menentukan kadarnya.

3. harta yang diperolehi melalui jalan perdamaian daripada pihak musuh setelah pihak musuh meyerah kalah

4. Usyur – 1/10 kadar bayaran tetap yang dikenakan keatas kapal perdagangan bukan Islam yang telah singgah di pelabuhan Islam untuk tujuan perniagaan

Berdasarkan sedikit penjelasan di atas menunjukkan sumber-sumber kewenangan yang memainkan peranan yang penting untuk menjana dan menampung pendapatan Negara. Setiap hasil yang dikutip dan dipungut akan dihantar ke baitul mal. Pelaksanaan ini masih lagi berjalan dengan lancar dan tiada sebarang halangan serta gangguan semasa proses ini berlangsung selama tempoh pemerintahan kerajaan Abbasiyah. Walau bagaimanapun, selepas tempoh kegemilangan kerajaan Abbasiyah, semua itu menjadi porak peranda. Khalifah sewenang-wenangnya menggunakan semua harta ini untuk kegunaan peribadi dan untuk berhibur dan berfoya-foya.


4 KESIMPULAN
Kesan pembangunan ekonomi terhadap rakyat jelas kelihatan semasa pemerintahan Abbasiyah, taraf kehidupan rakyat yang tinggi, banyak kemudahan-kemudahan untuk rakyat dapat disediakan seperti tali air, jambatan, jalan, masjid, sekolah, dan lain-lain lagi. Peluang pekerjaan juga turut disediakan kepada rakyat ekoran kedudukan ekonomi yang baik. Penduduk di sekitar ibu kota Baghdad pada masa itu tidak lagi dibelenggu dengan masalah kemiskinan seperti sebelum ini. Boleh dikatakan keseluruhan rakyat di bawah pemerintahan Abbasiyah berada dalam keadaan aman dan tenteram

Di sini jelaslah menunjukkan bahawa dengan kemajuan dan ketamadunan yang tinggi yang telah dicapai oleh kerajaan Bani Abbasiyah telah memberikan kesan yang tertentu kepada masyarakatnya. Kesan-kesan ini akan mematangkan lagi usaha dan daya maju di kalangan penduduk bani Abbasiyah. Bahkan pada masa inilah juga lahir berbagai ilmu Islam dan berbagai ilmu penting lain yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa arab. Selain itu sumbangan umat Islam bagi peradaban dunia juga dihasilkan oleh para cendikiawan-cendikiawan besar yang hidup di masa Daulah Abbasiyah.

5.PENUTUP                             
Demikian tadi paper atau makalah yang dapat saya buat,segala kekurangan dan kelebihan dalam pembuatan tugas ini merupakan sesuatu hal yang tidak dapat di hindarkan.maka dari itu,kritik dan saran dari dosen sangat diperlukan dalam pembuatan dan perbaikan di masa yang akan datang.dan dapat saya juga berharap paper saya ini dapat bermanfaat bagi yang membacanya.
Sekian,terima kasih.wassalamualaikum wr.wb

REFRENSI
 Philip K Hitti,2005,histori of the arabs.,Jakarta : serambi ilmu semesta
Adiwarman azwar karim.Sejarah pemikiran ekonomi islam. PT Raja Grafindo Persada.Jakarta 2004

1 komentar:

  1. Lucky 15 Casino Resort - JM Hub
    With over 2000 slot machines, world-class 사천 출장마사지 restaurants, shopping, a 서귀포 출장샵 wide variety 서울특별 출장안마 of entertainment 나주 출장안마 venues, and a world class pool & spa, you've come 강원도 출장샵 to

    BalasHapus